fbpx

Dasar pemesanan web

Terrma & Syarat ini adalah bagi pesanan tunggal berjumlah RM10.00 (tertakluk kepada pesanan minimum seperti yang ditakrifkan di bawah) yang dibuat melalui Nasi Lemak TC melalui www.nasilemaktc.com.my atau melalui tel: 011-1196 6956

Tiada caj penghantaran buat masa ini untuk semua pesanan melalui nasilemaktc.com.my

Kawasan penghantaran terhad disebabkan restoran yang terhad iaitu hanya di Kota Bharu dan Bangi.

Permintaan pesanan khas (seperti, tambahan ikan bilis, tambahan timun) tidak boleh dibuat melalui pesanan laman web. Anda boleh hubungi team kami untuk pesanan khas 011-1196 6956

Harga makanan akan ditunjukkan pada laman web terlebih dahulu sebelum dipersetujui.

Bagi sebarang pesanan khas, sila buat pesanan melalui nombor 011-1196 6956 atau email hello@nasilemaktc.com.my

Walaupun kami akan mencuba sedaya upaya untuk menghantar pesanan anda mengikut lingkungan waktu yang dinyatakan, bagi menjamin keselamatan penghantar team NLTC, masa penghantaran mungkin terjejas disebabkan oleh cuaca yang kurang baik, keadaan trafik dan/atau isu-isu teknikal yang di luar kawalan.

Perkhidmatan NLTC adalah tertakluk kepada syarat perkhidmatan tersebut. Kami berhak untuk menolak sebarang pesanan anda.

Akses kepada Laman nasilemaktc dot com my atau Nombor 011-1196 6956 mungkin digantung sementara waktu tanpa notis awal bila berlaku kegagalan sistem, penyelenggaraan atau pembaikan atau di atas sebab-sebab yang bukan dalam kawalan NLTC. Nasi Lemak TC menolak tuntutan semua liabiliti bagi sebarang kegagalan sistem operasi, atau gangguan kepada Laman web atau Nombor 011-1196 6956, termasuk kegagalan mengakses disebabkan oleh masalah rangkaian perhubungan.

Jika NLTC dihalang atau lambat dalam melaksanakan mana-mana atau semua kewajipan di bawah perjanjian ini disebabkan oleh force majeure, maka NLTC akan dibebaskan daripada prestasi atau menepati masa, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan NLTC tidak bertanggungjawab kepada anda (sama ada ganti rugi atau sebaliknya) dalam perlaksaan atau kelewatan dalam pelaksanaan. “Force majeure” ertinya apa-apa kejadian yang di luar kawalan NLTC, dan termasuk keadaan cuaca yang luar biasa, banjir, kemarau, ribut, kilat, angin kencang, taufan, gempa bumi, bencana alam, pesawat atau objek udara, letupan, kebakaran, peperangan, permusuhan, pemberontakan, terrorisms, kekacauan awam, rusuhan, mogok atau lock-out pada bandar atau skala industri, pertikaian perindustrian, tindakan industri oleh pekerja, kekurangan tenaga buruh, barang-barang, makanan atau bahan-bahan, kerosakan mesin atau alat atau sistem; dan perbuatan atau peraturan-peraturan kerajaan dan politik gangguan dengan operasi biasa NLTC.

Kami mungkin akan meminda terma pesanan web dari masa ke masa dan sebarang penggunaan atau meneruskan dalam penggunaan laman web ini adalah bergantung kepada penerimaan terma pesanan web ini. Terma pesanan web, bersama dengan terma & syarat laman web, polisi privasi dan sebarang polisi lain yang anda mungkin telah persetujui, merupakan perjanjian menyeluruh di antara NLTC dan anda dengan menghormati penggunaan anda bagi laman web ini.

Kami mengambil aduan dan maklum balas dengan sangat serius. Jika anda tidak sepenuhnya berpuas hati dengan pembelian anda, team NLTC di sini sedia untuk membantu. Sekiranya aduan atau permintaan untuk bayaran balik / pertukaran mesti dibuat dalam masa 24 jam selepas menerima produk.

Anda mempunyai 24jam untuk memulangkan item pembelian dari tarikh dan masa anda menerimanya. Untuk pemulangan, item mestilah tidak digunakan 100% dan dalam keadaan yang sama yang anda terima.

Sebaik sahaja pihak kami menerima item daripada anda, pihak kami akan memeriksa dan memberitahu anda bahawa kami telah menerima item yang dikembalikan. Kami akan memaklumkan anda segera mengenai status bayaran balik anda selepas memeriksa item tersebut.Jika pulangan anda diluluskan, kami akan memulakan bayaran balik kepada anda. Semua bayaran balik akan dikeluarkan sebagai kredit tcdelivery dalam akaun pelanggan di laman web tcdelivery.store, anda boleh guna untuk pembelian seterusnya. Bayaran balik secara tunai, transfer dan kad kredit pihak kami tidak dikembalikan.

©2019 All Rights Reserved. NLTC - Produk bumiputera - Nasi Lemak TC